Paperback Ý MONARKI PDF ñ

Paperback  Ý MONARKI PDF ñ Kadir is a young boy who sees strange people His father Shamsul knows the dreadful truth Kadir has inherited the family curse of being able to communicate with the sinister world of the mythical kingdom kayangan Novel Monarki oleh Lokman HakimNovel ini, diterbitkan oleh FIXI pada tahun 2015 dan berjudul lebih kurang 300 muka surat merupakan hasil tangan seorang novelis prolifik tanah air iaitu saudara Lokman Hakim Lokman Hakim merupakan seorang graduan jurusan jurutera tetapi kerana hobi membacanya yang begitu kuat, bakat seninya juga begitu tajam, sehingga menjadi penulis cerpen dan novel yang imaginasinya mencurah curah tanpa henti Malah Lokman Hakim juga pernah dicalonkan sebagai pemenang anugera Novel Monarki oleh Lokman HakimNovel ini, diterbitkan oleh FIXI pada tahun 2015 dan berjudul lebih kurang 300 muka surat merupakan hasil tangan seorang novelis prolifik tanah air iaitu saudara Lokman Hakim Lokman Hakim merupakan seorang graduan jurusan jurutera tetapi kerana hobi membacanya yang begitu kuat, bakat seninya juga begitu tajam, sehingga menjadi penulis cerpen dan novel yang imaginasinya mencurah curah tanpa henti Malah Lokman Hakim juga pernah dicalonkan sebagai pemenang anugerah untuk Commonwealth Short Story prize, sebaris dengan penulis antarabangsa tetapi beliau masih lagi seolah olah terhijab daripada pandangan pembaca tegar novel berat di negara tanah airnya sendiri Oleh itu dalam kesempatan kali ini, aku hendak mengulas novel Monarki , sebuah novel antara banyak lagi tulisan Lokman Hakim yang sudah diterbitkan di pasaran Biasanya pembaca yang memang mengikuti novel tulisan Lokman Hakim akan mengenali beliau dengan genre sains fiksyen dan supernatural horror Penulis umpama Stephen King, yang kadang menulis genre alam ghaib seram dan kadang pula menulis genre sains fiksyen Novel Monarki ini pula dalam kategori fantasi seram dan seperti mana novel Lokman Hakim yang lain, kita dapat kutip elemen gaya penulisannya yang unik dan konsisten dalam kebanyakan hasil tulisannya Penceritaan novel ini berfokus kepada kisah seorang kanak berumur 10 tahun bernama Kadir dan keluarganya, Shamsul dan Maisarah Kadir dan keluarganya digambarkan memiliki hidup bahagia sebelum satu peristiwa yang berlaku 5 tahun dahulu kepada Kadir Shamsul, ayah Kadir merupakan seorang yang penyayang kepada isteri dan anaknya, ibu Kadir juga seorang ibu yang tidak putus curahan kasih kepada keluarga dan Kadir pula merupakan satu nya anak tunggal mereka yang disimbahi limpahan kasih sayang ibu bapanya Ibu bapa Kadir juga kuat beragama dan memiliki pegangan ruhani yang kukuh Nampak seperti sunyi sahaja daripada masalah, namun terdapat sebuah takdir gelap yang bersarang dalam rahsia hidup Shamsul, bila bila masa sahaja bersedia untuk menampakkan diri dan menghancurkan keluarga Kadir.Sejak satu peristiwa aneh ketika Kadir berusia 5 tahun, keluarga Kadir mula menjadi semakin renggang, kerana perubahan sikap Shamsul yang semakin dingin dan cepat melantak Kadir juga sering mendapat mimpi dan visual imaginasi yang aneh Terdapat dua orang wanita yang dikatakan datang dari kayangan yang sering muncul dalam fikiran Kadir, seorang bernama Fatimah dan seorang lagi pula bernama Zainun Mereka sentiasa memakai baju tradisional melayu berwarna putih dan berwarna merah serta bertutur dengan lenggok bahasa zaman feudal, memberi gambaran bahawa mereka seolah olah seperti golongan istana Mereka sering mengganggu Kadir dengan gangguan imej visual yang sangat barbarik dan meninggalkan bekas trauma yang mendalam dalam diri Kadir yang masih kecil itu Maisarah pula terpinga pinga, langsung tidak memahami apa yang berlaku selama 5 tahun itu Kemuncaknya berlaku apabila 5 tahun kemudian, Kadir, pada satu hari melarikan diri dari rumah tanpa sebab yang jelas Apa yang lebih menambah misteri lagi ialah Shamsul seolah olah tidak peduli pun akan berita kehilangan Kadir, asyik melayani musik Parsi ketika Maisarah pula sedang keluh kesah Hal ini menambah lagi tekanan kepada Maisarah yang sudah tidak dapat duduk diam sehingga Shamsul ditekan untuk mendedahkan sedikit demi sedikit, kisah ayahnya, Saifullah dan apa kaitan keluarga Shamsul dengan kesengsaraan yang sedang menimpa mereka Kadir yang melarikan diri itu kemudian dijaga oleh seorang cina tua bernama Tommy dipanggil Uncle Tom oleh Kadir yang gemar akan musik Punk dan Rock Uncle Tom merupakan seorang cina yang berpegang dengan kepercayaan falsafah Deism, dan tidak ambil kisah mengenai hal supernatural kerana bagi Uncle Tom, tuhan telah pun meninggalkan manusia Namun begitu dengan peristiwa aneh yang berlaku kepada Kadir, lama kelamaan Uncle Tom juga diheret perlahan lahan ke dalam masalah yang berakar daripada datuk Kadir iaitu Saifullah Plot novel ini tidak bergerak secara linear Pada bab 1 sahaja Kadir sudah pun tinggal bersama Uncle Tom yang tidak sanggup menghantarnya kepada polis selepas menemui Kadir yang melarikan diri dari rumah Kemudian kita diperkenalkan dengan watak Shamsul dan Maisarah, ayah dan ibu Kadir Kemudian novel ini melontarkan babak imbas kembali yang diselitkan di tengah penceritaan garis masa yang utama Naratif novel pada bahagian awal juga berselang seli antara naratif daripada sudut pandang Kadir dan naratif daripada sudut pandang Shamsul Kemudian Saifullah, ayah kepada Shamsul dan datuk kepada Kadir turut diberi naratif sudut pandangnya sendiri Malah Zainun dan Fatimah, entiti misteri yang menganggu keluarga anak beranak Saifullah dan keturunannya juga diberi naratif daripada sudut pandang mereka sendiri yang menjadikan cerita ini menjadi semakin rumit Pada bahagian hujung novel ini, naratif sudut pandang Uncle Tom turut ditambah sehingga menyeliratkan lagi perjalanan cerita novel ini menuju penghujungnya Kesemua naratif watak berbeza ini bercampur baur, sekejap dalam babak imbas masa lalu dan sekejap lagi dalam garis masa sekarang Malah, perwatakan watak dalam novel ini juga tidak statik, berubah ubah sehingga pembaca dikelirukan dengan persoalan siapa yang baik dan siapa sebenarnya yang jahat Garis masa yang menjadi semakin berselirat, dengan perkembangan watak yang sangat kompleks merentas garis masa yang tidak diceritakan secara linear menjadikan perjalanan cerita novel ini sukar untuk dilukiskan dengan teratur, jadi pembaca harus bersabar dan membacanya perlahan lahan.Novel ini bergenre fantasi seram yang dimadukan dengan gaya sastera magical realism Penulis mempamerkan kreativiti yang mengagumkan dalam pembinaan dunia world building novel ini Latar tempat novel ini berselang seli, antara bumi tempat berpijak dan kayangan yang indah luarannya tetapi bersulamkan kehodohan yang jijik apabila diteroka dengan lebih dalam Seperti mana karya magical realism yang lain, sempadan dan garis pemisah antara fantasi dan realiti itu telah dikaburkan dan dicampur baurkan antara kedua duanya Entah yang mana satu khayalan dan yang mana satu realiti Khayalan juga lama sama sahaja seperti realiti, sudah berpadu antara kedua duanya seperti dua kembar siam Terasa begitu surreal , seperti dalam novel Lokman Hakim yang lain juga Seperti biasa, novel ini turut dironai oleh subteks kegelapan dunia di bawah kongkongan kapitalisme dan sindiran terhadapnya Kritik terhadap kekosongan moral, kemusnahan kebahagiaan dan kekejaman di bawah sistem kapitalisme tanpa ruh kemanusiaan ialah ciri unik karya Lokman Hakim dan kita dapat menemui kritik itu dalam novel ini juga Ada satu babak lamunan Maisarah yang bimbang akan nasib Kadir di bandar Kuala Lumpur yang menurutnya bila bila masa sahaja boleh memperdagangkan nyawa manusia Bandar itu digambarkan pekat dengan lautan manusia yang mementingkan diri, dan ada sedikit sahaja manusia yang hatinya mulia seperti Uncle Tom boleh ditemui Restoran mewah di bandar menjual makanan dengan harga yang mahal tetapi hakikatnya hanya sedap di lidah tetapi tidak pun sampai ke perut dan langsung tidak memberi kenyang Manusia berpusu pusu membeli barangan kerana pengaruh hipnoktik iklan di media yang mengaburi mata mereka Malah, seluruh latar kayangan dalam novel ini juga boleh ditafsirkan sebagai alegori kepada kemewahan melampau yang strukturnya berdiri atas kesengsaraan manusia Kayangan dalam novel ini tampak cantik dengan istana agam dan deretan bunga nan indah tetapi struktur tempat berpijaknya dibuat daripada daging manusia Kemewahan dan limpahan kekayaan kayangan dunia globalisasi hari ini juga terbentuk atas nyawa dan darah manusia yang eksploitasinya didiamkan sahaja kerana asalkan hidup sendiri bahagia sudah cukup bermakna Novel ini juga menyelitkan perbahasan falsafah ketuhanan, melalui watak Uncle Tom dan rakannya Ustaz Kamil Ustaz Kamil berpegang dengan agama dan hidupnya bertunjangkan kepercayaan kepada Tuhan Ustaz Kamil menekankan bahawa kepercayaan kepada tuhan dan amalan kebaikan yang diredhai merupakan teras kepada kebahagiaan Tanpa tuhan menurut Kamil, manusia akan tenggelam dalam lautan yang dalam sehingga kewarasan yang dibanggakannya remuk redam menjadi kegilaan, mungkin di sini penulis sedang mengkritik Solipsism , iaitu kepercayaan falsafah yang meragui segala galanya sehingga minda dan pengalaman diri sendiri sahaja yang boleh dianggap wujud, manakala kesemua selain minda dan pengalaman diri sendiri itu palsu dan merupakan projection imaginasi semata mata Keraguan total terhadap semua perkara akan melumpuhkan diri kerana banyak tindakan dalam dunia ini yang kita lakukan atas dasar kepercayaan Tidak percaya kepada tuhan ialah langkah pertama menuju ketidakpercayaan kepada perkara lain juga yang abstrak seperti makna hidup, nilai moral malah minda dan consciousness manusia yang lain Nihilisme total yang memurungkan akibat penolakan terhadap segala galanya boleh menimbulkan keinginan yang kuat untuk membunuh diri Uncle Tom pula berpegang dengan falsafah Deism, mempercayai kewujudan tuhan namun menolak semua agama di dunia sebagai ilusi sahaja Bagi Uncle Tom juga, tuhan telah meninggalkan manusia dengan porak peranda kehidupannya Uncle Tom menganggap kitab agama di dunia hanyalah bahasa puitis yang ditulis oleh manusia biasa Manusia menurut Uncle Tom ialah ciptaan tuhan yang gagal dan tindakan tuhan meninggalkan sahaja manusia ada kewajarannya Manusia berperang, membunuh, menindas, memusnahkan bumi dan alam sekitar, tamak haloba dan mementingkan diri, jadi tidak hairan jika manusia dianggap tamadun yang layak dibiarkan sahaja terumbang ambing Uncle Tom juga berpesan kepada Kadir bahawa dalam dunia ini tiada sesiapa yang boleh diharapkan, dan tuhan juga telah meninggalkan mereka jadi Kadir dinasihatinya harus kuat mendepani cabaran hidup Melalui novel ini juga, penulis menzahirkan minat minat sendiri melalui minat watak wataknya Misalnya terdapat beberapa lagu metal yang sering didengari oleh Uncle Tom seperti Angel of Death oleh kugiran Slayer dan lagu Chaos A.D oleh Sepultura Shamsul pula menggemari lagu dan musik Parsi seperti bait sajak Rumi, gesekan biola Farid Farjad dan dendangan lagu Mohsen Namjo Barangkali inilah musik yang sebenarnya digemari oleh penulis sendiri, seorang peminat karya gelap, nihil dan imaginasi chaotic Lagu Gloomy Sunday oleh Billie Holiday yang dikatakan bertanggungjawab atas banyak kes bunuh diri telah berkali kali disebutkan dalam novel ini, sebagai penguat kepada aura kegelapan novel ini Penulis juga sempat lagi menzahirkan minatnya kepada penulisan, dengan menggambarkan watak Saifullah sebagai penulis yang menggemari kelazatan bergelumang dalam susunan aksara yang indah, diuliti emosi watak dongengan tapi bernyawa, dan juga keindahan perjalanan babak demi babak yang dramatik.Novel ini ada beberapa kekangan yang mungkin akan membantutkan minat pembaca untuk meneruskan penulisan Pertama, garis masa ceritanya sangat berselerak dan perwatakan watak nya berubah ubah dengan begitu cepat, satu manifestasi kepada imaginasi chaotic yang dimiliki penulis Pembaca mungkin akan berasa novel ini absurd dan kacau bilau namun pembaca harus melihat bukan sekadar cerita tetapi juga mungkin luahan perasaan yang bercokol dalam hati penulis serta tempik sorak imaginasi chaotic nya itu Novel ini merupakan terbitan FIXI, yang terkenal dengan novel dengan unsur bahasa kasar dan babak ganas Novel ini juga sarat dengan babak yang ganas dan gelap Namun sesiapa yang mampu bertahan mungkin akan meminatinya Aku sebagai pembaca novel ini pula, tidak gemar dengan jalan ceritanya yang terlalu berserabut dengan keserabutan yang bagi aku sudah overdosed , tidak perlu dan tidak penting untuk menjayakan cerita ini Namun begitu aku sangat meminati gaya bahasa penulis yang menjadikan babak nya terasa begitu hidup dan aku juga meminati struktur binaan dunia kayangan dalam novel ini Ada banyak lagi novel lain tulisan Lokman Hakim yang ditulis kemudiannya yang aku berasa lebih baik daripada novel ini, tetapi aku mengakui bahawa novel Monarki ini juga ada tarikannya sendiri yang boleh memuaskan fantasi pembaca yang suka akan chaos Aku dah boleh agak jenis tulisan Lokman Surreal Magical realisme Entah Tapi jenis yang memang perlu imaginasi tinggilah kalau nak baca Ramai yang aku tengok ada masalah nak habiskan buku ni Tapi aku okay je sebab dah biasa sangat baca fantasy sci fi kot Anyhow, aku nampak improvement dalam Monarki ni Aku lebih suka laras bahasa dalam Monarki Lebih kemas daripada Retina Dan scene2 gorynya pun diceritakan dengan lebih detail Idea mengenai orang kayangan sangat2 bagus Buat aku nak tahu l Aku dah boleh agak jenis tulisan Lokman Surreal Magical realisme Entah Tapi jenis yang memang perlu imaginasi tinggilah kalau nak baca Ramai yang aku tengok ada masalah nak habiskan buku ni Tapi aku okay je sebab dah biasa sangat baca fantasy sci fi kot Anyhow, aku nampak improvement dalam Monarki ni Aku lebih suka laras bahasa dalam Monarki Lebih kemas daripada Retina Dan scene2 gorynya pun diceritakan dengan lebih detail Idea mengenai orang kayangan sangat2 bagus Buat aku nak tahu lebih, apa yang penulis cuba nak sampaikan Aku suka watak Fatimah dan apa entah namanya lagi sorang tu Cumanya, laras bahasa klasik yang digunakan Fatimah dan sorang lagi tu tak berapa kemas Tak kedengaran klasik pun Mungkin boleh buat kajian lagi lepas ni Dan bila nak sampai hujung novel, aku terpaksa go through sekali lalu Tak baca satu2 perkataan Entahlah Aku rasa macam meleret sangatlah Entah Anyhow, congrats untuk buku ni Tak sabar nak tunggu next buku, nak tunggu idea gila apa lagi yang kau ada Hahah Okay Sat nak sembang lebat sikit aihhh tapi takpa kita jujur duk bagi pandangan takdak kata nak angkat bakui ka padia Sat noh.Ini percubaan ke 3, diulangi ke 3 saya cuba untuk memahamkan karya Lokman Hakim Pertama kali Mei 2015 Masatu ya Tuhan, azab apa ni Saya letakkan ke tepi Kemudian makan tahun jugak nak habiskan, sekali lagi gagal Buku pun entah kemana hilang atau kene curi dengan pencuri di kalangan saudara mara, mungkin Selepas PBAKL 2017, saya dengan muka tembok minta free cop Okay Sat nak sembang lebat sikit aihhh tapi takpa kita jujur duk bagi pandangan takdak kata nak angkat bakui ka padia Sat noh.Ini percubaan ke 3, diulangi ke 3 saya cuba untuk memahamkan karya Lokman Hakim Pertama kali Mei 2015 Masatu ya Tuhan, azab apa ni Saya letakkan ke tepi Kemudian makan tahun jugak nak habiskan, sekali lagi gagal Buku pun entah kemana hilang atau kene curi dengan pencuri di kalangan saudara mara, mungkin Selepas PBAKL 2017, saya dengan muka tembok minta free copy daripada penulis sendiri dia offer okay, kira muka aku tembok dalam 78% je Disebabkan cover dia antara cover paling inzal sekali untuk Buku Fixi, saya tarik nafas dan selam Boom bukan lagu Nowwa Danish dengan Wagheh tu tau Macam ada satu perspektif baru, saya laju membaca air cerita, boleh faham apa yang dipersoalkan daripada watak watak dan dengan sekali duduk, saya berjaya habiskan sampai muka surat 142 146 saya tertanggal kerana saya terlalu khayal di dalam dunia sakit buatan Lokman Hakim.Mengenali gaya penulisan Lokman Hakim yang tak jalan terus dan berpusing dengan entah apa dalam kepala alien beliau, memang seram sikit Kalau dia bagi Kayangan, dia akan bagi Kayangan versi sakit dia Abang, kau kena dapatkan rawatan ni bang Jujur memang sakit Penat nak tafsirkan sebenarnya siapa yang nak bunuh siapa Siapa yang kena sumpahan Siapa yang nak naik takhta Siapa yang gatal bijik nak beristeri dayang kayangan Dah kenapa lantai dia manusia Dah kenapa banyak sangat darah Sampai saya sedikit mual dan agak noya noya ni another level of loya dengan details yang diterangkan oleh penulis GILA Sadis yakmat Sebaiknya sebelum membaca naskah ini, cuba tonton filem Sucker Punch antara filem kegemaran saya arahan pengarah syok sendiri Zack Snyder Anda akan faham point dan arah peta cerita ini Apa yang kita baca dan paham tu tak semestinya apa yang berlaku Sampai di pertengahan cerita, saya dah fedup sebab saya masih tak jumpa point twist yang dibuat Memang rasa Kayangan lah ni sampai habis Kayangan yang penuh dengan darah dan segala macam kegilaan yang diluar norma manusia.Lapisan demi lapisan dibentangkan, kita kena cepat fikir Ibarat berkelip sekejap pon dah kena selak balik belakang mengarut apa ni setan Bayangkan dunia yang berputar selari itu, ada lagi dua tiga lagi putaran yang selari tapi berlainan watak untuk dunia yang sama Hah Sakit hati kan baca aku terangkan benda ni Kau baca buku dia lagi sakit hati Mual, sadis, kejam, bodoh, syaitan, nafsu, sakit, penat, sedih, mengarut segala rencah ini Lokman Hakim adunkan dengan agak sempurna Cuba yang kecewa membaca itu selak sekali lagi naskah ini dan baca dengan teratur Peka dengan klue yang diberikan, peka dengan permainan watak watak, peka dengan plot yang bertindih Anda akan tersenyum dengan permainan penulis gila ini Bukankah pembacaan ini seperti sebuah pengembaraan Jatuh berdarah sekalipun bingkas bangun dan teruskan Bagi saya MONARKI adalah karya sadis yang memenatkan otak Kalau malas berfikir atau lebih sukakan nuansa cinta KPop oppa oppa mohon menjauhkan diri Mohon sangat sangat Sedikit sedih bila karya cantik ini dikecam tanpa sebarang unsur konkrit yang munasabah Tak paham entah hapa hapa is not a valid excuses Itu alasan orang malas Teroka dan cabar diri menerima segala jenis penulisan saya baca okay fanmade artis Kpop di wattpad kadang layan jugekkk.Abang Lokman Hakim, terima kasih untuk sebuah kisah sakit dan menyeksakan ini, dan maaf sebab saya mengalah dalam dua kali percubaan untuk memahami MONARKI Muah ciked Mungkin aku bimbo, jadi susah nak hadamkan buku bersifat ambitious begini.Dua bintang bukan maknanya tak bagus Dua bintang, bak kata Goodreads it s okay Lebih baik dari Retina yang aku rasa nak campak dalam gaung, sebab hazab ya amat.Tapi sekurang kurangnya kali ini aku berjaya habiskan. My review1.Buku ni citer pasal apa Saifullah ni dia kawen dengan puteri kayangan Pastu, Saifullah ni macam giler kuasa ke apa ntah, dan dia juga melanggar perjanjian Sejak itu, banyak la konflik timbul Sampai ramai yg jadi korban.Dunia kayangan Tak macam Jin dan syaitan, dunia kayangan ada dunia tersendiri.2 Apa yg best idea imaginasi penulis ni rare, dunia kayangan yg direka tu tak terfikir pulak orang biasa nak buat pembahagian bab dia ok, senang nak mula baca dan berhenti rehat seben My review1.Buku ni citer pasal apa Saifullah ni dia kawen dengan puteri kayangan Pastu, Saifullah ni macam giler kuasa ke apa ntah, dan dia juga melanggar perjanjian Sejak itu, banyak la konflik timbul Sampai ramai yg jadi korban.Dunia kayangan Tak macam Jin dan syaitan, dunia kayangan ada dunia tersendiri.2 Apa yg best idea imaginasi penulis ni rare, dunia kayangan yg direka tu tak terfikir pulak orang biasa nak buat pembahagian bab dia ok, senang nak mula baca dan berhenti rehat sebentar sebelum mulakan semula bacaan Gaya Bahasa sastera tinggi Bukan biasa biasa.3 Apa yg kureng pembaca perlu duduk fokus baca, sambil berimaginasi setiap babak babak cerita Kalau tak, nanti tak faham.4 Bape Bintang 2.8 bintang out of 5.05 Buku ni recommend untuk sape kalau jenis suka baca Bahasa melayu lama, sastera tinggi, buku ni sesuai baca untuk pembaca yg suka cabar diri baca bahan bacaan yg critical thinking dan rumit, maka buku ni sesuai kalau pembaca jenis nak buku santai2 untuk dibaca selepas baru balik keje, penat lelah di tempat kerja, kemudian balik baca buku ni, buku ni tak sesuai untuk moment tu, nanti bertambah lelah pulak kalau Raja Kayangan baca pun dia campak buku ni. Jujurnya, saya tidak dapat memahami karya ini dengan baik Seperti sedang membaca karya zaman dahulu tentang raja raja.Apapun, saya berjaya juga habiskan bacaan murung lepas baca Nila buku fixi pertama yg ak baca yg masuk kategori boring Masa baca tu rasa x sabar nak habiskan sbb boring betul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *